Panasnya Hari Ini

“Saya Sedia Dipanggil Lagi” – Hishammuddin

MEMBAKUT: Bekas Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bersedia dipanggil semula bagi memberikan keterangan kepada Lembaga Disiplin Umno jika diminta berbuat demikian oleh pengerusi baharu lembaga itu.

Tegas Ahli Parlimen Sembrong itu, tiada apa yang perlu dikhuatiri kerana beliau merasakan tidak melakukan sebarang kesalahan.

Justeru, Hishammuddin menyerahkan sepenuhnya kepada kepimpinan Umno, selain mengulangi pendirian bahawa beliau tidak menyembunyikan apa-apa.

“Saya tidak tahu (sama ada akan dipanggil) kerana ia bergantung kepada kepemimpinan Umno.

“Saya sentiasa cakap, tiada apa nak disembunyikan dan jika mereka mahu siasat saya, mereka sudah buat. Siapa ahli jawatankuasa yang menyiasat bukan masalah saya,” katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.

Sebelum ini, Lembaga Disiplin Umno mengesahkan telah mengeluarkan surat tunjuk sebab terhadap Hishammuddin berhubung pertemuan sekumpulan Ahli Parlimen parti itu dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengulas lanjut, Hishammuddin memaklumkan tidak timbul isu campur tangan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi adalah sebagai usaha untuk mengelakkan beliau keluar parti.

“Selamatkan saya? Saya kata saya tidak kisah, jadi saya tidak rasa ia ada isu, (dan) bukan isu peribadi.

“Jika apa mereka dakwa yang saya buat beri kesan kepada parti, Ahmad Zahid perlu ambil apa yang perlu untuk selesaikannya,” ujarnya.

Hishammuddin dalam pada itu memaklumkan sekiranya siasatan itu boleh membantu Umno untuk bergerak ke hadapan, beliau terbuka memberikan bantuan dalam memastikan segala masalah dapat diselesaikan.

Sebelum ini, Tan Sri Mohamed Apandi Ali mengumumkan peletakan jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Displin Umno serta-merta.

Ia susulan keputusan pucuk pimpinan parti membatalkan sesi perjumpaan antara Lembaga Displin dengan Hishammuddin memetik MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");