Perak Hari Ini

Sebahagian Rakaman Audio Konspirasi Jenayah Libatkan Najib Telah Diserahkan Kepada Polis – SPRM

IPOH: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerahkan sebahagian daripada sembilan rakaman audio melibatkan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd (SRC) yang membabitkan beberapa individu termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Ketua Pesuruhjayanya, Latheefa Koya berkata pihaknya kini sedang menunggu tindakan pihak polis untuk membuka kertas siasatan atau memanggil kesemua individu yang disyaki terlibat.

“SPRM bersedia untuk bekerjasama dengan pihak polis untuk menyiasat perkara ini dan kami juga sudah memaklumkan kepada polis berkenaan hal ini.

“Pendedahan terhadap perkara ini perlu disiasat. Sebagaimana saya ada sebutkan sebelum ini, menerusi rakaman audio tu, kita mendapati ada beberapa elemen kesalahan.

“Yang mana ianya boleh disiasat sama ada oleh SPRM mahupun pihak polis,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Menteri Besar Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Sementara itu, Latheefa turut diminta mengulas kemungkinan Najib bakal mengambil tindakan undang-undang terhadap SPRM susulan pendedahan rakaman audio yang kesemua berdurasi 45 minit.

“Saya tidak mahu komen lanjut. Namun itu hak beliau,” jawabnya ringkas.

Semalam Ahli Parlimen Pekan itu dilaporkan terkejut dengan pendedahan SPRM yang mana ia turut didakwa membabitkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor; bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, serta beberapa individu berpengaruh lain.

Najib dalam responsnya berkata akan mengkaji dari sudut undang-undang terhadap apa tindakan susulan yang sekiranya boleh diambil beliau berhubung perkara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");