Membawang Hari Ini

Seluar Ketat Tayang Punggung, Netizen Minta Sajat Bertaubat

Umum mengetahui keakraban hubungan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat yang bukan sahaja sebagai rakan perniagaan malah turut tinggal di satu kawasan perumahan yang sama.

Bagaimanapun, baru-baru ini Aliff seolah kurang senang dengan penampilan Sajat yang dilihat sengaja memakai seluar ketat hingga memperlihatkan bentuk punggung. Menerusi satu video dikongsikan di Instagram, turut kedengaran Aliff memarahi Sajat.

“Eh kau jangan jalan nak gedik-gedik ya, kereta langgar kau nanti. Cuba jalan betul-betul boleh tak? Asyik nak mengacau mata orang saja. Tengok orang bangla (Bangladesh) tu dah ghairah dah,” katanya.

Menerusi perkongsian itu juga, Sajat mengatakan kecantikan dimilikinya adalah asli sejak lahir lagi dan ramai yang pasti tidak boleh melarikan mata daripada melihat kecantikannya.

Seperti sudah dijangka, ramai netizen mengecam usahawan tersebut. Tidak kurang juga ada segelintir netizen memintanya untuk bertaubat sebelum terlambat. Malah ada netizen mengatakan seluar tersebut terlalu mencolok mata dan adalah lebih baik jika tidak pakai seluar langsung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");