Panasnya Hari Ini

Setiausaha Politik Anwar Saman Yusoff Rawther

Setiausaha politik Anwar Ibrahim, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak, menyaman bekas pembantu kajian Anwar, Muhammad Yusoff Rawther, Jumaat lalu.

Writ saman itu difailkan melalui tetuan Messrs Kumar Thangaraj & Co di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas dakwaan Yusoff mengeluarkan kenyataan fitnah dalam sidang media pada 4 Disember lalu.

Dalam sidang media itu, Yusoff, 26, mendakwa menjadi mangsa serangan seksual Anwar.

Dia juga mendakwa polis tidak bertindak terhadap laporannya yang mendakwa Farhash menyerangnya di pejabat Anwar di Petaling Jaya, Mei tahun lalu.

Rakaman sidang media itu disiarkan di Facebook dengan tajuk “Solidariti Buat Muhammed Yusoff Rawter”.

Yusoff dikatakan berkhidmat dengan Anwar sejak akhir 2018 hingga tahun lalu.

Berdasarkan penyataan tuntutan yang dilihat, Farhash mendakwa Yusoff mengeluarkan kenyataan fitnah itu dengan pengetahuan ia akan dilaporkan media tempatan.

Ia, kata Farharsh, bertujuan mencemarkan imej dan reputasinya sebagai ahli politik PKR kerana antaranya menggambarkannya sebagai “ganas, liar dan kaki pukul”.
Farhash mendakwa peguamnya pada 30 Disember telah menghantar surat tuntutan guaman supaya Yusoff menarik balik kata-kata itu dan memohon maaf tetapi tidak dilayan.

Farhash memohon perintah injuksi untuk menghalang Yusoff mengeluarkan atau terus menyiarkan kenyataan itu terhadapnya.

Plaintif turut memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta kos, dengan faedah tahunan, yang jumlah ditentukan mahkamah memetik laporan MKini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");