Berita Hari Ini

SPRM Aktifkan Bilik Gerakan PRK Parlimen Kimanis

KOTA KINABALU: Bilik gerakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diaktifkan hari ini bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis.

Memetik laporan BH Online, Pengarah SPRM Sabah, S Karunanithy, berkata bilik gerakan itu berpusat di Pejabat SPRM Kota Kinabalu.

“Bilik gerakan diaktifkan bersempena PRK Kimanis yang akan berlangsung, iaitu penamaan calon pada 4 Januari ini dan bilik ini beroperasi 24 jam.

“Pegawai bertugas dan penyelia akan turun di lapangan serta pemantauan sepanjang pilihan raya sehingga hari pengundian,” katanya ketika diminta mengulas berhubung persediaan SPRM sepanjang PRK berlangsung di Kimanis.

Mengulas lanjut, Karunanithy berkata, orang ramai boleh berhubung terus ke Pejabat SPRM untuk membuat aduan atau mendapatkan nasihat daripada SPRM bagi sebarang isu sepanjang PRK berlangsung.

“Orang ramai boleh ke pejabat SPRM untuk membuat aduan atau menghubungi pejabat SPRM di talian 088-488381,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 Januari sebagai hari penamaan calon dan 18 Januari sebagai hari pengundian bagi PRK Parlimen Kimanis.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");