Berita Hari Ini

SPRM Dedah Rakaman Audio Najib Berkait Skandal 1MDB

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mendedahkan rakaman audio dikatakan antara bekas perdana menteri Najib Razak dan 7 lagi individu berkenaan 1MDB dan bekas anak syarikat, SRC International.

Ketua Pesuruhjaya Latheefa Koya memainkan rakaman itu pada satu sidang media di ibu pejabat SPRM hari ini, di hadapan lebih 50 wartawan.

Beliau menjelaskan rakaman itu antara Najib, beberapa pegawai kanan kerajaan, dan 2 individu dari Emiriah Arab Bersatu, menunjukkan seperti ada konspirasi untuk memanipulasikan maklumat.

“Kita baru terima rakaman audio ini,” katanya kepada pemberita selepas pendengaran rakaman itu, tanpa mendedahkan sumber rakaman itu, yang diterima beberapa hari selepas tahun baru 2020.

Latheefa berkata terdapat 9 rakaman percakapan melibatkan 8 individu. SPRM akan memberikan bahan-bahan itu kepada polis untuk siasatan lanjut.

Beliau menambah SPRM perlu mengambil masa untuk menganalisis rakaman itu, yang pertama kali didedahkan kepada umum pada sidang media hari ini memetik FMT.

“Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad juga belum mengetahui rakaman audio ini,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");