Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Terima Serahan Zakat Perniagaan RM3.4 Juta

KUALA LUMPUR- Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima serahan zakat perniagaan bernilai RM3,435,905.77 di Istana Perak, Changkat Persekutuan.

Penyerahan diberikan oleh enam agensi yang yang didahului oleh Bank Pembangunan Malaysia Berhad dengan pembayaran zakat perniagaan tertinggi bagi tahun kewangan berakhir 2018 iaitu sebanyak RM1,300,000.00.

Pembayaran zakat ini juga diikuti KAF Investment Bank Bhd iaitu sebanyak RM928,000; Koperasi Perladangan Kawasan Bagan Datoh Perak Bhd sebanyak RM523,516; Risda Negeri Perak dengan jumlah RM383,389; Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dengan nilai RM200,000.00 dan Gerbang Alaf Restaurant RM101,000.00.

Majlis tersebut turut dihadiri Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Jeneral Datuk Seri Diraja Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin; Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Datuk Seri Dr. Wan Mohd Zahid Mohd Noordin dan Ahli-Ahli Majlis Agama Islam Perak (MAIPk).

Dalam pada itu, dalam minggu ini juga, MAIPk telah menerima zakat perniagaan daripada tiga agensi di majlis yang berlainan iaitu daripada FGV Holdings Berhad bernilai RM 105,739; Gitn Sdn.  Bhd. bernilai RM 95,000 dan Prosontech Sdn Bhd bernilai RM 25,000.

Majlis Penyerahan Zakat tersebut diterima oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPk, Shahrul Azam Shaari.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");