Perak Hari Ini

Sumber Air Mentah Tercemar Punca Gangguan Bekalan Air Di Kerian

BAGAN SERAI: Sebahagian pengguna yang berada di kawasan daerah Kerian dan sekitar hari ini mengalami mengalami gangguan bekalan air disebabkan sumber air mentah telah tercemar.

Ekoran dari itu, pencemaran sumber air utama iaitu di Logi Batu 5 telah melibatkan tiga bandar utama Daerah Kerian, iaitu Parit Buntar, Tanjung Piandang, Bagan Tiang dan Kuala Kurau dengan kapasiti penduduk seramai 19,000 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam Dan Infrastruktur, Pertanian Dan Perladangan, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata hasil dari siasatan yang dijalankan, kaliti air terusan telah didapati merosot dan sukar untuk diproses.

“Sebaik saja menerima aduan, pihak LAP telah menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca masalah dan seterusnya mengambil tindakan lanjut bagi mempastikan pengguna mendapat bekalan air yang berkualiti.

“Lembaga Air Perak (LAP) telah memohon kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk membuka pintu air di Pekan Batu 5 bagi membolehkan air terusan mengalir dan memulihkan kualiti air di dalam terusan dimana air mentah diperolehi.

“Sebagai langkah mitigasi, operasi loji telah diberhentikan buat sementara waktu sehingga kualiti air mentah kembali pulih dan menyebabkan berlakunya gangguan bekalan air,” katanya dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun kata Abdul Yunus, bagi kawasan Kuala Kurau air disalur dari Loji Rawatan Air (LRA) Semanggol manakala kawasan-kawasan lain yang terlibat air dibekalkan melalui lori-lori tangki bagi memastikan pelanggan menerima bekalan air yang selamat.

“Sehingga kini, kualiti air mentah dipantau dan menunjukkan terdapat peningkatan kualiti dan loji akan beroperasi sebaik sahaja kualiti air terusan kembali normal.

Katanya, Loji Rawatan Air (LRA) Jalan Baru berkapasiti 50 Juta Liter Sehari (JLH) membekalkan air bagi tiga bandar utama Daerah Kerian, iaitu Parit Buntar, Tanjung Piandang dan Kuala Kurau.

“Dalam keadaan biasa LRA ini membekal air sekitar 26 JLH.

“Sumber air mentah bagi LRA ini diperolehi dari Terusan Besar yang disalurkan dari Tasek Bukit Merah. Dalam keadaan tertentu, JPS akan mengepam air dari Sungai Sama Gagah iaitu anak Sungai Kerian ke dalam Terusan Besar, melalui rumah pam Sungai Bogak malahan, jika perlu JPS akan mengepam air dari Sg Kurau ke Terusan Besar,” katanya.

Bagaimanapun, pihak LAP turut memohon kerjasama dan kesabaran daripada pihak pengguna untuk memberi ruang kepada pihak berkenaan untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan sehingga selesai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");