Perak Hari Ini

Syaki Koronavirus: Lapan Warga China Dikuarantin Sementara Di Johor Bharu

IPOH: Seramai lapan warganegara China telah ditahan dan dikuarantin sementara di sebuah hotel di Johor Bharu kerana disyaki mempunyai hubungan terus pesakit yang dijangkiti wabak koronavirus baru atau 2019-nCoV di Singapura.

Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye bagaimanapun berkata mereka bukanlah pesakit sebaliknya disyaki selain sedang berada di bawah pemantauan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Lapan warga China ini sedang dikuarantin di sebuah hotel di Johor Bharu semalam.

“Mereka akan dikuarantin selewat-lewatnya dalam seminggu. Namun mereka ini bukan pesakit sebaliknya cuma disyaki.

“Ia kerana mereka ada membuat ’direct contact’ dengan pesakit yang ada disahkan mengalami wabak koronavirus baru ketika berada di Singapura,” katanya.

 

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan kerja di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini, hari ini.

Lawatannya itu bertujuan memantau keadaan terkini di lapangan terbang itu susulan penerbangan dari Singapura ke LTSAS tengah hari tadi.

Ia susulan laporan seorang warga China yang disahkan positif koronavirus baru di Singapura, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Boon Chye pihaknya akan terus berusaha untuk mempertingkatkan peralatan saringan kesihatan di pintu-pintu masuk dan lapangan terbang seluruh negara.

Katanya KKM juga akan mempertimbangkan untuk menempatkan alat pengesan suhu badan di semua kawasan tersebut.

Selain itu, beliau berkata setakat ini Malaysia masih bebas daripada wabak yang mula tersebar di Wuhan, China sejak awal bulan ini.

“Semalam empat individu yang disyaki dijangkiti loronavirus baharu itu selepas diperiksa mereka didapati bebas daripada penyakit itu.

“Setakat ini Malaysia tidak mempunyai kes baharu. Walau bagaimanapun, kita akan terus melakukan pemantauan dan saringan supaya kita dapat membendung wabak ini daripada menular dalam negara,” katanya.

Tambah beliau sehingga kini selain daripada Singapura, terdapat beberapa negara lain yang juga telah mencatatkan kes wabak tersebut antaranya Hong Kong, Macau, Taiwan, Jepun, Thailand, Korea Selatan serta Amerika Syarikat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");