Berita Hari Ini

Tiga Warga China Dirawat Di Sungai Buloh Positif Koronavirus

PUTRAJAYA – Tiga warga China yang di kuarantin di Johor Bahru, Johor disahkan positif bagi koronavirus, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

“Mereka ialah ahli keluarga rapat kepada seorang lelaki yang berusia 66 tahun dari Wuhan, China yang didapati positif bagi virus itu di Singapura,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, tiga yang terlibat merupakan seorang wanita berusia 65 tahun, yang merupakan isteri pesakit di Singapura itu dan dua cucu lelakinya.

“Mereka kini ditempatkan di Hospital Sungai Buloh,” katanya. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");