Panasnya Hari Ini

Tindakan Perundangan Akan Diteruskan – Anwar

KUALA LUMPUR: Tindakan undang-undang terhadap bekas penyelidik PKR, Muhammed Yusoff Rawther, akan diteruskan, tegas Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut BH Online, Ahli Parlimen Port Dickson itu berpendirian, beliau tidak dapat memaafkan tuduhan yang dilemparkan Muhammad Yusoff kerana ia bersifat menghina dirinya.

“Meski dakwaan yang sah tidak boleh diketepikan dan harus disiasat sesuai dengan proses hukum, namun saya tidak dapat memaafkan tuduhan yang jelek, sembrono dan menghina saya.

“Untuk memastikan keadilan ditegakkan, tindakan undang-undang yang dimulakan sebelum ini akan diteruskan,” katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitter beliau, hari ini, lapor BH Online.

Jabatan Peguam Negara hari ini memutuskan tiada cukup bukti untuk mendakwa Anwar berhubung dakwaan perlakuan tidak senonoh terhadap Muhammed Yusoff.

Peguam Cara Negara, Datuk Engku Nor Faizah Engku Atek, berkata wujud percanggahan fakta material yang tidak dapat menyokong sebarang pendakwaan terhadap mana-mana individu mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan, atau mana-mana seksyen lain mengikut kanun sama.

Muhammed Yusoff sebelum ini membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, 7 Disember lalu, meminta polis menyiasat akuan berkanunnya yang antara lain mendakwa diperlakukan secara tidak senonoh oleh Anwar.

Anwar bagaimanapun menafikan sekeras-kerasnya dakwaan berkenaan dan turut membuat aduan polis.

Presiden PKR itu turut mengalu-alukan keputusan Jabatan Peguam Negara dan pihak berkuasa hari ini yang menunjukkan tahap profesionalisme ketika menyiasat kes dikaitkan dirinya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");