Berita Hari Ini

Tuduhan MARA Kurangkan Pekerja, Tidak Bayar Gaji Adalah Fitnah

KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Luar Bandar menyangkal dakwaan kononnya Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan anak syarikatnya melaksanakan pengurangan pekerja serta tidak membayar gaji kakitangan.

Menterinya, Datuk Seri Rina Harun, menjelaskan tuduhan itu tidak menggambarkan keikhlasan untuk membantu, melindungi dan memperkasakan MARA.

“MARA termasuk subsidiari di bawahnya tetap beroperasi seperti sedia ada bagi melaksanakan dasar dan program yang digariskan mengikut teras dan peranan setiap entiti yang wujud.

“Setiap cadangan dan inisiatif yang dirancang dan dilaksanakan adalah untuk memastikan MARA terus diperkasa dan berkembang maju sebagai satu agensi peneraju pembangunan sosio-ekonomi Bumiputera,” katanya dalam kenyataan malam tadi, lapor BH Online.

Rina berkata, bagi tahun ini, antara fokus yang akan digerakkan adalah pemerkasaan keupayaan institusi pendidikan MARA bagi melahirkan modal insan yang menepati keperluan tenaga kerja masa depan.

MARA turut merancang untuk melaksanakan pelaburan melalui ‘Endownment Fund’ dan memantapkan tadbir urus bidang pelaburan merangkumi aspek pemilihan jenis dan sektor, pengurus dana, pemantauan dan pengukuran prestasi.

“Saya komited memastikan mandat diberikan kepada Ahli Majlis MARA dan pengurusan MARA sebagaimana digariskan di bawah Akta MARA 1966 sentiasa dilaksana bertepatan dengan fungsi dan tanggungjawab teras institusi berkenaan.

“Setiap dasar dan program perlu berpaksikan kepada agenda pembangunan dan kepentingan Bumiputera serta kesejahteraan rakyat Malaysia untuk membina kemakmuran bersama,” katanya.

Justeru, beliau berharap tidak ada mana-mana pihak sengaja menyebarkan maklumat tidak tepat berhubung MARA.

Sebelum ini, ada khabar angin mendakwa kononnya MARA akan menutup mana-mana anak syarikatnya yang didapati tidak mampu bersaing dan menjana keuntungan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");