Sukan Hari Ini

Tugas Berat Menanti Mat Yo

KUALA LUMPUR: Ketika peminat bola sepak tempatan teruja melihat perpindahan Norshahrul Idlan Talaha ke kelab Thailand, Bangkok Glass Pathum United FC (BGPU), namun tugas berat sebenarnya dipikul pemain berusia 33 tahun itu.

Apa tidaknya, selain membawa nama Malaysia, penyerang Harimau Malaya itu juga perlu bersaing merebut tempat dalam skuad utama pasukan itu.

Norshahrul atau Mat Yo dijangka akan berdepan saingan sengit daripada beberapa penyerang skuad itu termasuk pemain import, Barros Tardeli yang meledak 18 gol ketika membantu pasukan itu menjuarai Liga 2 Thai, musim lalu, sekali gus layak beraksi di Liga 1 Thai.

Malah, Mat Yo juga perlu bersaing dengan penyerang tempatan mereka terutama kapten, Surachat Sareepim yang sudah meledak 33 gol daripada 95 penampilan bersama kelab sejak 2017.

Bukan itu sahaja, bekas pemain Pahang itu juga perlu bijak menyesuaikan diri kerana ini adalah kali pertama dia berkelana di liga luar negara apabila sebelum ini mencipta nama dalam kancah Liga Malaysia (Liga M).

Namun, Mat Yo tetap menaruh impian besar untuk membantu pasukan itu menjulang sekurang-kurangnya satu piala musim ini.

“Saya sangat gembira dan bangga kerana ini pertama kali saya akan beraksi di luar negara. Saya sangat teruja untuk bermain di liga kompetitif Thai 1.

“Saya harap penyokong akan memberikan sokongan penuh, dari permulaan liga hingga akhir musim dan saya harap dapat mencapai sesuatu di sini,” katanya kepada lawan web rasmi kelab.

Mat Yo bukan pemain Malaysia pertama yang beraksi di Liga Thailand selepas penyerang Perak, Shahrel Fikri Md Fauzi pernah menyarung jersi Nakhon Ratchasima secara pinjaman dan pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT), Dominic Tan bersama Police Tero FC memetik BHarian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");