Perak Hari Ini

Tunggu Perkenan Sultan

IPOH: Kerajaan Negeri menyerahkan kepada Sultan Perak dalam menentukan tarikh baru Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri (Exco).

Sebelum ini menurut kenyataan Pejabat Sultan Perak, istiadat yang sepatutnya berlangsung pada Julai tahun lalu di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar itu ditunda ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menjelaskan ianya tetap akan berlangsung namun beliau tidak dapat mengulas lanjut kerana katanya perkara tersebut memerlukan perkenan daripada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

 

“Istiadat itu akan tetap berlangsung namun saya tidak dapat memberikan tarikh sebenar.

“Ia kerana istiadat itu memerlukan perkenan daripada Sultan Perak dan saya tidak dapat mengulas lanjut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Lestari Pendidikan 2020 anjuran Pertubuhan Rakan Komuniti Pendidikan Perak di Sekolah Kebangsaan Sungai Rokam, di sini, hari ini.

Semalam Sultan Perak telah berkenan mengurniakan watikah pelantikan kepada tiga anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak (ex-officio).

Mereka ialah Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pegawai Kewangan negeri, Datuk Zul Azlan Abu Hassan serta Penasihat Undang-Undang negeri, Azmir Shah Zainal Abidin.

Sementara itu, mengulas lanjut tentang program yang mendapat kerjasama daripada pihak sekolah dan Jabatan Pendidikan Negeri itu, Ahmad Faizal berharap ianya dapat diperluaskan penganjurannya.

Ketika berucap, katanya beliau difahamkan program sama turut dianjurkan di daerah Tapah, Kuala Kangsar, Kinta Selatan, Batang Padang dan Perak tengah selama dua hari, bermula semalam.

“Terima kasih kepada pihak penganjur kerana memupuk minat anak-anak pelajar dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dalam program pada ini.

“Ianya kerana untuk jadi sebuah negara maju, anak-anak kita perlu menguasai bidang STEM, selain daripada Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET),” katanya.

Sementara itu ujar Ahmad Faiza, pada tahun ini, kerajaan negeri telah meningkatkan jumlah peruntukan untuk program Kembali Ke Sekolah atau ‘Back To School’ daripada 10,000 kepada 15,000 pelajar yang mana ia menunjukkan peningkatan sebanyak 50 peratus.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");