Berita Hari Ini

UUM Tangguh Kunjungi China

Universiti Utara Malaysia (UUM) menangguhkan semua aktiviti membabitkan kakitangan dan penuntut daripada mengunjungi China bagi mengelak penyebaran jangkitan Koronavirus baharu (2019-nCoV).

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Prof Dr Yusnidah Ibrahim berkata, UUM mengambil langkah proaktif disebabkan universiti itu mempunyai ramai penuntut antarabangsa termasuk 422 berasal dari China.

Katanya, UUM turut menyediakan penginapan untuk pemantauan (home surveillance) kepada semua penuntut yang baru pulang dari negara tembok besar itu.

“Semua penuntut sudah disaring di pintu masuk utama oleh kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan akan disaring semula oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) setibanya di sini (UUM).

“Pemantauan juga akan dilakukan secara berterusan selama 14 hari bagi mengurangkan risiko penyebaran jangkitan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini, lapor Harian Metro.

Menurutnya, UUM akan terus memantau perkembangan koronavirus melalui saluran rasmi selain warga universiti disaran bekerjasama bagi memastikan langkah pencegahan dapat dilaksanakan dengan baik.

Dalam perkembangan sama, katanya, semua penuntut dan kakitangan universiti itu dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan di Pusat Kesihatan Universiti atau mana-mana fasiliti kesihatan terdekat sekiranya mengalami gejala demam, batuk atau kesukaran bernafas.

Harian Metro semalam melaporkan, kerajaan negeri meminta semua universiti awam di negeri itu menangguhkan pengambilan, pendaftaran atau pertukaran pelajar baru dari China bagi mengelak jangkitan koronavirus.

Ini berikutan ramai pelajar baru termasuk dari China dijangka mendaftar bagi kemasukan Februari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");