Berita Hari Ini

Warga China Larikan Kanak-Kanak Disyaki Dijangkiti Koronavirus Ditahan

PETALING JAYA: Dua warga China yang melarikan anak mereka yang disyakiti dijangkitikoronavirus dri Hospital Sulta Aminah (HSA) di Johor Bahru dutahan malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai.

Ketua Polis Johor Kamarudin Md Din memberitahu Berita Harian pasangan itu ditahan pada pukul 9.20 malam.

“Malam tadi juga semua mereka dirujuk ke hospital untuk dikuarantin,” katanya kepada akhbar itu.

Difahamkan pasangan tersebut tidak mahu anak mereka dikuarantin kerana mereka tidak mahu terlepas penerbangan pulang ke China.

Menurut akhbar itu lagi, pasangan tersebut mahu anak mereka dirawat dengan ubat demam dan batuk sahaja.

Semalam angka kematian akibat virus berkenaan melonjak kepada 56, dengan lebih 1,400 dijangkiti di seluruh dunia, kebanyakannya di China.

Malam tadi, Kementerian Kesihatan mengesahkan kes jangkitan koronavirus keempat di Malaysia.

Kesemua mangsa berasal dari China dan dilaporkan stabil memetik laporan FMT.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");