Perak Hari Ini

Warga Emas Ditemui Maut Di Rumah Terkunci

KAMPAR: Seorang warga emas berbangsa cina berusia 80 tahun ditemui maut di sebuah rumah yang terkunci di Taman Golden Dragon, di sini, hari ini.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya mendapat maklumat awal daripada jiran di mana mangsa tidak keluar dari rumah tersebut selama dua hari.

“Jiran mangsa turut cuba memanggil tetapi tiada sebarang jawapan lalu melaporkan kes ini kepada bomba.

“Anggota bomba telah bertindak memotong mangga di pintu untuk masuk ke dalam rumah.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak ambulan hospital,” katanya.

Bagimanapun katanya, tiada maklumat pengenalan diri mangsa ditemui di rumah berkenaan.

Operasi yang diketuai oleh PBK II Mohd Hariri Kamaruddin tersebut tamat pada jam 9.10 malam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");