Panasnya Hari Ini

Warisan: Tak Perlu Letakkan Maruah Kita Serendah Papagomo

Warisan menafikan terlibat dengan insiden kekerasan ke atas exco Pemuda Umno Papagomo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu semalam.

“Kami tidak tahu menahu berkenaan insiden tersebut sehinggalah ia ditularkan,” kata setiausaha parti Sabah itu Loretto Padua.

Menurut video kejadian, sekumpulan individu dilihat cuba menghampiri Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris dengan marah-marah.

Pihak polis dan individu di situ memainkan peranan mengelakkan pertembungan.

Berlaku perang lisan antara kedua-dua belah pihak. Bagaimanapun, butirannya tidak jelas kedengaran.

Ketua Pemuda Umno Dr Asyraf Wajdi Dusuki mendakwa ada provokasi dan serangan fizikal oleh penyokong Warisan.

Jumaat lepas, Papagomo mengoyakkan gambar Ketua Menteri Sabah Shafie Apdal dalam demonstrasi membantah Pas Sementara Sabah (PSS) di Kimanis.

Papagomo berada di Sabah bagi membantu calon BN, Mohamad Alamin dalam pilihan raya kecil (PRK) Kimanis, yang menyaksikan kemenangan parti pembangkang.

Dalam kenyataan hari ini, Loretto berkata Warisan tidak akan menyokong mana-mana budaya samseng kerana “itu bukan budaya kami di sini” memetik Mkini.

“Walaupun Papagomo menunjukkan aksi samsengnya sebelum ini sehinggakan mendatangkan ketidakpuasan hati kepada pelbagai pihak, namun ini tidak bermakna kita perlu meletakkan maruah kita serendah Papagomo.

“Warisan tidak berkompromi dengan budaya samseng,” kata Loretto.

Loretto Padua
Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");