Membawang Hari Ini
Like

Zed Zaidi Dikecam Sebar Berita Palsu Tentang Coronavirus

January 28, 2020
564 Views
0 Comments
1 minute read
Zed Zaidi Dikecam Sebar Berita Palsu Tentang Coronavirus

Wabak Coronavirus yang menyerang wilayah Wuhan, China bukan sahaja mencetuskan panik di negara tersebut malah di seluruh dunia. Susulan itu, kerajaan memberi amaran agar tidak menyebarkan berita tidak sahih yang boleh menimbulkan ketidaktenteraman kepada masyarakat.

Bagaimanapun, Presiden Seniman, Zed Zaidi telah dikecam teruk oleh netizen selepas pelakon yang popular menerusi drama Sembilu itu memuat naik satu status berita palsu berkaitan wabak koronavirus.

Zed Zaidi memuat naik fotonya memakai topeng muka, berserta satu laporan berita palsu dimana memberitahu semua negara telah melarang pelancong China masuk ke negara mereka kecuali Malaysia.

Malah, Zed Zaidi turut berkata situasi di negara ini juga sudah tidak selamat apabila orang ramai terpaksa memakai topeng masa sepanjang masa bagi mengelak dari dijangkiti influenza dan wabak koronavirus.

Perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang mengatakan bahawa berita itu secara jelas ianya adalah palsu dan direka sendiri menggunakan satu aplikasi.

Susulan itu, ramai netizen meminta Zed Zaidi memadam perkongsian tersebut bimbang orang lain turut mempercayai berita itu. Tidak kurang juga ramai netizen menggesa pihak SKMM dan PDRM mengambil tindakan ke atas pelakon itu kerana menyebarkan berita palsu.

Meskipun dikecam teruk, setakat ini Zed Zaidi masih belum memadam lagi perkongsian tersebut. Apa pun diharap semua pihak lebih peka tentang kesasihan sesuatu berita itu sebelum kongsikan di media sosial.

Komen & Pendapat

Comments are closed.