Panasnya Hari Ini

200 Orang Cetus Kekecohan, Ugut Syed Saddiq Di Restoran

PETALING JAYA: Kira-kira 200 individu berbaju hitam dan merah mencetuskan kekecohan ketika Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman makan malam bersama ahli keluarga dan rakannya di sebuah restoran di Ulu Tiram, Johor semalam.

Kumpulan itu mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan ugutan serta mendesak ahli Parlimen Muar itu keluar dari Johor ketika mengepung restoran terbabit yang mempunyai pelanggan wanita serta kanak-kanak.

Turut bersama Syed Saddiq ketika kejadian ialah ibu bapanya, Exco Melaka, Mohd Rafiq Naizamohideen, Adun Puteri Wangsa di Johor, Mazlan Bujang, beberapa ahli Pemuda PPBM serta keluarga mereka lapor FMT.

Mereka kemudiannya diiringi keluar dari restoran itu melalui jalan belakang, manakala yang lain cuba mengalihkan perhatian kumpulan itu di luar.

Keadaan di luar restoran di Ulu Tiram apabila sekumpulan individu muncul dan mencetuskan kekecohan.

“Ini tidak wajar dan menyedihkan, khasnya apabila ada wanita dan kanak-kanak di sana.

“Saya mahu mengingatkan mereka di sebalik ancaman ini yang tiada orang terkecuali daripada undang-undang atau Perlembagaan, termasuk saya,” kata Syed Saddiq yang juga ketua Pemuda PPBM.

Saksi tidak menafikan penyokong pembangkang mungkin dalam kalangan individu yang mencetuskan kekecohan itu.

Pollis dijangka mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");