Berita Hari Ini

32 Maut Dalam Rusuhan Di India

New Delhi: Seramai 32 orang disahkan maut dalam kejadian rusuhan di ibu negara India.

Huru-hara tercetus akibat rakyat membantah undang-undang kerakyatan diumumkan Perdana Menteri, Narendra Modi yang penuh kontroversi.

Ia merebak menjadi pertelingkahan antara agama yang menyaksikan ramai penduduk Islam menjadi sasaran.

Harian Metro yang memetik AFP melaporkan perusuh membakar rumah, kedai, dua masjid, dua sekolah dan stesen minyak.

Ribuan pasukan keselamatan dikerah bagi mengawal keadaan bagi mengelak situasi menjadi lebih teruk.

Lebih 200 orang juga dilaporkan dalam insiden yang sudah merebak ke beberapa bahagian di New Delhi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");