Perak Hari Ini

‘Ahmad Faizal Telah Mengadap Sultan Perak: Saarani Pertikai Apa?’

IPOH: Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Saarani Mohamad mempertikai kenyataan media yang dikeluarkan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang menyatakan pentadbiran Perak masih kekal.

Ahmad Faizal sebelum ini mengeluarkan kenyataan selepas mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah di Ibu Negara yang menyatakan tiada perubahan dari segi pentadbiran di negeri itu.

Bagaimanapun, Saarani pada sidang medianya seolah-olah mempertikaikan pekenan Sultan terhadap Ahmad Faizal.

Ujarnya lagi merujuk kepada kenyataan Ahmad Faizal hari ini, beliau hanya menyebut bahawa hanya menghadap dan memaklumkan kepada Sultan Perak berkenaan kedudukan politik negeri.

“Sebab itu kita menuntut bukti. Sekiranya Menteri Besar Perak mempunyai bilangan yang 31 kerusi menyokong beliau, dan kita ada 28 kerusi, kita tidak ada masalah.

“Isunya ialah pada 14 April ini akan adanya persidangan Dun. Jika kita pergi dengan kerajaan yang tidak sah ini, bagaimana keputusan itu dibuat nanti?,” katanya dalam sidang media di Bangunan UMNO Perak, di sini, hari ini.

Tambahnya lagi sekiranya Pakatan Harapan (PH) Perak dan Muafakat Nasional yang terdiri daripada UMNO dan PAS Negeri masing-masing gagal memperoleh sekurang-kurangnya 30 kerusi, Saarani mengesyorkan diadakan Pilihanraya Negeri.

“Ini tanggungjawab saya sebagai Ketua Pembangkang DUN Perak untuk membangkitkan hal ini. Kerana sekiranya sebelah kami atau di sana tidak mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan, DUN akan tergantung.

“Kemungkinan besar Sultan Perak akan membubarkan DUN dan kita akan pergi ke hadapan dalam Pilihanraya Negeri, ” katanya yang bersedia dengan kemungkinan tersebut.

Selain itu, beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak berkata Muafakat Nasional Negeri akan membuat permohonan kepada Pejabat Sultan Perak bagi memohon perkenan untuk menghadap Baginda.

Pada masa sama, katanya lagi Muafakat Nasional juga terbuka sekiranya ada mana-mana Adun lain yang ingin bersama mereka untuk membentuk kerajaan negeri termasuk daripada Parti Pribumi Bersatu (BERSATU) Perak.

“Sebaik sahaja Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan partinya keluar daripada PH, dari segi disiplin parti, sebagaimana di Persekutuan, begitu juga sepatutnya di negeri.

“Di Perak BERSATU hanya ada dua kerusi. Apabila mereka meninggalkan PH, kerajaan Perak hanya ada 29 kerusi sahaja,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");