Berita Hari Ini

Anwar, Wan Azizah Selesai Mengadap Agong

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selama hampir 45 minit.

Menurut Sinar Harian, kedua-dua pemimpin yang menaiki kereta Proton Perdana secara berasingan itu memasuki perkarangan Istana Negara melalui Pintu 2 pada jam 2.30 petang sebelum keluar pada jam 3.15 petang.

Difahamkan Anwar dan Wan Azizah menghadap Yang di-Pertuan Agong berhubung situasi politik selepas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebentar tadi.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataannya memaklumkan surat peletakan itu dihantar kepada Yang di- Pertuan Agong pada jam 1 petang.

Dr Mahathir dijangka mengadap Yang di-Pertuan Agong pada jam 5 petang nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");