Membawang Hari Ini

Ashraf Sinclair Meninggal Dunia

JAKARTA: Pelakon, Ashraf Sinclair, 40, suami kepada penyanyi dan pelakon terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL), meninggal dunia akibat serangan jantung hari ini.

Menurut BH Online, Portal berita KOMPAS.com melaporkan, perkara itu disahkan pengurus BCL, Doddy.

“Serangan jantung,” kata Doddy, melalui pesan singkat, Selasa.

Berita kematian Ashraf atau nama penuhnya, Ashraf Daniel Mohammed Sinclair, itu mengejutkan banyak pihak dan laman Instagram arwah dibanjiri ucapan takziah.

“Semoga dipermudah semua urusannya, semoga dikuatkan keluarganya. Still can’t believe this is happening,” tulis pelakon Dian Sastrowardoyo melalui akun Instagram @therealdisastr.

Begitu juga di laman Instagram BCL, di mana ramai rakan artis menyampaikan ucapan takziah.

BCL, 36 dan Ashraf, warga Malaysia yang dilahirkan di London, berkahwin pada November 2008 di Masjid Al Bina Senayan, Jakarta.

Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Noah berusia sembilan tahun.

Dia dikenali dengan lakonannya dalam Gol dan Gincu yang diterbitkan pada 2005.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");