Sukan Hari Ini

Azeem Luar Biasa!

DUA pingat emas yang dilakarkan pelari muda negara, Muhammad Azeem Mohd Fahmi ketika Kejohanan Perak All Comers berakhir kelmarin, satu petanda positif buat pelari itu.

Menurut Harian Metro, Jurulatihnya, Muhammad Amir Izwan Tan Abdullah berkata, beliau berpuas hati dengan pencapaian Azeem malah langsung tidak menyangka pelari berusia 16 tahun itu mampu memperbaiki catatan terbaik peribadinya dalam acara 200 meter (m) apabila meraih emas dengan catatan 21.04s.

Katanya, beliau tidak meletakkan sasaran di Perak All Comers kerana ia adalah kejohanan pertama yang terbesar untuk tahun ini buat pelari yang pernah mencetuskan fenomena dalam sukan olahraga negara.

“Saya agak terkejut Azeem dapat buat 21.04s dalam 200m sebab saya sasarkan dia dapat kekalkan prestasi berlari di sekitar 21.6s ke bawah dan sekitar 10.6s dalam acara 100m.

“Tapi biarpun dia melakukan 10.88s dalam acara 100m di bawah sasaran yang ditetapkan tapi tak mengapa. Itu sebabnya dia masuk pertandingan.

“Kami akan perbaiki mana yang kurang dan perkemaskan apa yang patut dan 10.88s itu dikira catatan yang baik selepas perlu berlari melawan angin daripada hadapan,” katanya.

Amir berkata, beliau kini mempersiapkan Azeem untuk menyertai Kejohanan Remaja Dunia di Nairobi, Kenya dari 7 hingga 12 Julai ini selepas melepasi syarat kelayakan dan Sukan Malaysia (Sukma) Johor selepas itu.

Bagaimanapun, Azeem terlebih dulu akan beraksi di kejohanan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Negeri Sembilan April depan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");