Panasnya Hari Ini

Azmin Antara Empat Pemimpin PKR Bermesyuarat

PETALING JAYA: Empat pemimpin tertinggi PKR menghadiri mesyuarat tertutup yang sedang berlangsung di sebuah hotel di sini, sejak pagi tadi.

Menurut BH Online, mereka ialah Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden, Zuraida Kamaruddin, dua Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Datuk Saifuddin Abdullah dan Datuk Mohd Rashid Hasnon.

Turut kelihatan Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang difahamkan mewakili BERSATU kerana beliau meninggalkan mesyuarat BERSATU di Petaling Jaya sebelum pertemuan itu tamat.

Mesyuarat hari ini dikatakan membincangkan peralihan kuasa Perdana Menteri antara Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mesyuarat bermula kira-kira jam 8 pagi dan kini masih berlangsung.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");