Perak Hari Ini

Bantah Cadangan Projek Pembangunan Di Lereng Bukit Kledang

IPOH: Penduduk setempat dan badan bukan kerajaan (NGO) membantah kepada cadangan pengubahan status dan pembangunan tanah di atas kawasan berkeluasan hampir 400 ekar di lereng Bukit Kledang.

Pegawai Penyelidik Lapangan Sahabat Alam Malaysia (SAM), Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata kawasan tersebut melibatkan tiga blok iaitu blok 7, blok 6 dan blok 5.2 yang masing-masing berkeluasan 46 ekar, 317 ekar serta 27.42 ekar.

Misalnya kata beliau, struktur tanah di blok 6 yang terletak berhampiran dengan lebuh raya Ipoh-Lumut tidak sesuai dibangunkan sebarang bentuk pembangunan kerana ianya dalam keadaan berbukit.

“Kawasan ini menpunyai bentuk geografi fizikal tanah yang berbukit yang mana tanahnya mudah terhakis.

“Kawasan ini memang kawasan sensitif kepada sebarang bentuk aktiviti guna tanah yang sedia ada,” katanya.

Menurutnya lagi, kemusnahan hutan yang sedia ada di kesemua tanah terlibat mempunyai risiko bagi mengakibatkan kejadian banjir lumpur yang pernah berlaku di kawasan sekitar sewaktu masa dulu.

Katanya lagi dalam kawasan yang terlibat juga, ia mempunyai kawasan yang berpotensi untuk dijadikan kawasan rekreasi iaitu kawasan air Terjun Buntong.

Jelasnya keberadaan air terjun itu membuktikan ada berlakunya laluan air di bawah tanah di kawasan-kawasan tersebut.

“Sekiranya projek pembangunan ini diteruskan, ia akan memudahkan pihak luar untuk terus menceroboh hutan simpan di sini.

“Selain daripada itu, pembangunan projek komersial ini juga akan mengangggu habitat siamag yang ada di situ. Haiwan inj dilindungi di bawah Akta Pemulihr Hidupan Liar 2010,” katanya.

Sementara itu, wakil penduduk di Meru, Noreha Yusof meminta agar kerajaan negeri dapat mengekalkan status Hutan Simpan Kledang Saiong yang berada di lereng Bukit Kledang.

“Dahulu sering kedengaran bunyi siamang di sini. Saya bimbang sekiranya habitat mereka diganggu, haiwan yang ada di situ di ancam kepupusan,” katanya.

Terdahulu mereka telah menghadiri sesi pendengaran awam berkenaan hal sama di Bangunan Majlis Bandaraya Ipoh, di sini, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak, Paul Yong Choo Kiong ketika ditemui berkata pada bulan hadapan akan diputuskan perkara tersebut oleh Jawatankuasa Perancangan Negeri.

“Jawatankuasa Perancangan Negeri akan mengadakan mesyuarat pada 12 Mac nanti yang mana ia akan dipengerusikan Menteri Besar Perak selain dihadiri semua ketua jabatan kerajaan yang terlibat.

“Kita akan buat keputusan berpandukan hasil mesyuarat itu dan ia akan dimaklumkan secara rasmi kepada pihak yang menyuarakan bantahan pada hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");