Sukan Hari Ini

Barcelona Bukan Lagi Pasukan Terbaik Di Dunia

Bintang Barcelona, Lionel Messi mengakui kelab Catalan itu kini berada dalam prestasi tidak menentu sekali gus tidak mampu untuk memberikan cabaran terutama dalam pentas tertinggi Eropah iaitu saingan Liga Juara-Juara musim ini.

Menurutnya, prestasi Barcelona itu harus segera diperbaiki sekiranya mahu terus mengekalkan status menjadi antara pasukan terbaik di dunia.

“Kalau kami ingin memenangi Liga Juara-juara, kami harus berkembang dan memperbaiki persembahan pasukan. Ketika ini kami tidak bagus dan sudah tentu tidak akan mampu bersaing dengan pasukan lain di pentas Eropah.

“Saya mahu pasukan berada pada keadaan seperti dahulu dan memastikan penyokong kembali gembira dengan persembahan pasukan. Dalam masa sama Barcelona akan terus menjadi calon untuk menang piala seperti yang kami biasa lakukan.

“Saya mahu menang lebih banyak kejuaraan tidak kira domestik ataupun Liga Juara-Juara,” katanya.

Prestasi Barcelona ketika ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penyokong setia pasukan itu selepas gagal mempamerkan aksi konsisten selain dibayangi masalah dalaman kelab itu.

Dalam saingan La Liga, Barcelona sudah tewas empat kali dalam 24 perlawanan sekali gus menyaksikan kelab itu kini berada di kedudukan kedua liga di belakang Real Madrid.

Manakala, di Liga Juara-Juara, Barcelona mara ke peringkat kalah mati, namun prestasi pasukan itu tidak berada pada tahap sepatutnya termasuk menang tipis (2-1) dan seri (0-0) dalam dua pertemuannya dengan pasukan lemah seperti Slavia Prague di peringkat kumpulan.

Dalam pada itu, Messi percaya juara La Liga musim ini hanya akan dapat ditentukan pada perlawanan terakhir berbeza berbanding musim-musim yang lalu memetik Sinar Harian.

“Tahun ini kami dan Real Madrid sama-sama tidak konsisten dalam perebutan gelaran liga. Saya rasa persaingan itu akan menjadi sengit sehingga ke penghujung liga,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");