Berita Hari Ini

Beli Ais Dari Kilang Dilesenkan KKM Elak Covid-19

PUTRAJAYA: Beli ais dari kilang yang dilesenkan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Itu nasihat KKM bagi memastikan keselamatan pengguna dan orang ramai diutamakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan berkata, pihaknya sudah menetapkan standard ais dan syarat lesen yang perlu dipatuhi oleh kilang ais mengikut Peraturan 394A, Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Menurutnya, ais yang dihasilkan hendaklah menggunakan sumber air terawat dan menjalani proses nyahjangkitan melalui pelbagai teknologi iaitu antaranya teknologi radiasi pengionan, ultra ungu dan sebagainya.

“Sehubungan itu, berdasarkan kajian dan maklumat yang diketahui setakat ini mengenai jangkitan Covid-19, pematuhan kepada standard dan syarat perlesenan sedia ada dapat memastikan ais yang dikeluarkan oleh kilang ais adalah selamat.

“Namun, kilang ais yang tidak mempunyai lesen tidak dapat dipastikan keberkesanan proses penyahjangkitan,” katanya menjawab kenyataan Exco Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Pulau Pinang, Phee Boon Poh yang disiarkan sebuah akhbar pada 19 Februari 2020.

Di dalam artikel berkenaan, beliau dilaporkan menyarankan orang ramai untuk tidak mengambil ais daripada sumber yang tidak disahkan dan bahawa jangkitan Covid -19 boleh disebarkan melalui cecair memetik HMetro.

“KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) juga sentiasa menjalankan pemantauan ke atas kilang ais yang beroperasi di negara ini bagi memastikan pengilang ais mematuhi peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");