Panasnya Hari Ini

Beri Ruang Pada Tun Mahathir, Saya Kena Sabar – Anwar

PUTRAJAYA: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui perlu bersabar buat sementara waktu sehingga dilantik sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ia susulan keputusan Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang menyerahkan sepenuhnya kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memutuskan tarikh peralihan kuasa.

Anwar berkata, pendirian PH jelas dan tiada keraguan dari segi komitmen untuk memastikan Dr Mahathir dapat menjalankan tugas dengan dukungan yang penuh.

“Dalam perbincangan, saya sendiri cadangkan supaya Tun Dr Mahathir diberikan ruang untuk mentadbir, kemudian beliau tetapkan masa yang sesuai, itu barulah (berlaku peralihan kuasa).

“Jadi, sementara itu, saya kena sabar,” katanya sebagaimana dilaporkan BH Online.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden PH, di bangunan Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) di sini, malam tadi.

Anwar mengulas keputusan mesyuarat itu yang memutuskan supaya soal peralihan kuasa terletak sepenuhnya di tangan Dr Mahathir.

Antara yang hadir ialah Presiden PH, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohamad Sabu; Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");