Berita Hari Ini
Like

Bersatu beri sokongan penuh Muhyiddin sebagai calon PM

February 27, 2020
465 Views
0 Comments
1 minute read
Bersatu beri sokongan penuh Muhyiddin sebagai calon PM

Selepas pertemuan Muhyddin Yassin bersama Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, pemimpin Bersatu yang hadir di kediaman Presiden Bersatu itu hari ini menunjukkan sokongan penuh terhadap pencalonannya sebagai perdana menteri.

Diminta mengulas mengenai sama ada pertemuan hari ini membincangkan sokongan mereka terhadap pencalonan itu, anggota parlimen Alor Gajah, Redzuan Mohd Yusof, mengakuinya.

“Yes (ya), sokong pencalonan yang disebutkan oleh Mahathir sebagai PM ke-8,” katanya kepada pemberita di hadapan kediaman Muhyiddin di Bukit Damansara, Kuala Lumpur hari ini.

Terdahulu, Mahathir yang merupakan Perdana Menteri sementara mengesahkan bahawa beliau mengadakan perbincangan dengan Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin tengah hari tadi, termasuklah kemungkinan Muhyiddin menjadi calon perdana menteri dari Bersatu.

“Kita bincang dari segi reaksi,” kata Redzuan apabila diminta mengulas lanjut.

Jelasnya, beliau yakin sokongan itu akan datang daripada 25 ahli parlimen Bersatu dan 11 ahli parlimen blok bebas yang diketuai oleh bekas pemimpin PKR, Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin.

Selain pemimpin Bersatu itu, pemimpin dari blok Azmin seperti ahli parlimen Ampang, Zuraida dan setiausaha politik kepada Azmin, Hilman Idham turut kelihatan keluar dari kediaman tersebut.

Komen & Pendapat

Comments are closed.