Panasnya Hari Ini

Bersatu Buat Pengumuman Penting Malam Ini

KUALA LUMPUR – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka membuat pengumuman penting malam ini dipercayai membabitkan kemelut politik negara.

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof memaklumkan perkara itu pagi tadi sebaik meninggalkan Yayasan Al-Bukhary selepas selesai mesyuarat bersama Pengerusi parti, Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tunggu malam ini,” katanya ringkas ketika ditemui di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini.

Mesyuarat yang dipengerusikan Dr Mahathir itu bermula jam 10 pagi membabitkan 26 Ahli Parlimen Bersatu.

Mesyuarat itu turut disertai beberapa Ahli Parlimen yang menyokong Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mereka adalah Zuraida Kamaruddin, Datuk Kamaruddin Jaafar, dan Datuk Rashid Hasnon.

Hadir sama, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Turut hadir adalah Ahli Parlimen Beluran, Datuk Ronald Kiandee, bekas Menteri Pendidikan, Dr Mazlee Malik. -MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");