Panasnya Hari Ini
Like

BERSATU, Muafakat Nasional Peroleh Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Di Johor

February 27, 2020
233 Views
0 Comments
2 minutes read
BERSATU, Muafakat Nasional Peroleh Majoriti Mudah Bentuk Kerajaan Di Johor

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berpuas hati dengan cadangan penubuhan kerajaan negeri yang baharu gabungan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), UMNO, MIC dan PAS.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mengandungi 14 wakil, masing-masing daripada UMNO dan DAP (14), diikuti 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BERSATU, sembilan daripada Parti Amanah Negara, PKR (5), MIC (2) dan PAS (1).

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah, berkata hasil temubual baginda dengan 54 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang hadir menghadap semalam, seramai 28 ADUN memilih gabungan baharu, manakala 26 memilih Pakatan Harapan (PH).

Daripada 56 ADUN di Johor, dua tidak dapat hadir ke istana semalam adalah ADUN AMANAH Simpang Jeram, Datuk Seri Salahuddin Ayub dan ADUN BERSATU Puteri Wangsa, Mazlan Bujang.

Jaba memaklumkan, Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga ADUN Bukit Gambir turut hadir dalam sesi temubual semalam.

“Setiap ADUN dikehendaki menandatangani akuan bersumpah (SD) bagi mengesahkan pendirian mereka sama ada menyokong PH atau gabungan baharu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, gabungan parti baharu berhak memberikan cadangan nama calon Menteri Besar, sebelum susunan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan negeri yang baharu dilantik memetik BH.

Jaba menjelaskan, Sultan Ibrahim berharap pentadbiran Kerajaan Johor segera dibentuk bagi memastikan pembangunan negeri berjalan dengan lancar demi kemajuan dan kesejahteraan hidup semua rakyat di negeri itu.

Semalam, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal bersama Pengerusi Barisan Nasional (BN) Johor, Datuk Hasni Mohammad menghadap Sultan Ibrahim bersama 52 ADUN daripada PH, BN dan PAS.

Sesi berkenaan berlangsung selama dua jam di Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, di sini.

Komen & Pendapat

Comments are closed.