Panasnya Hari Ini

Berundur Setapak Untuk Tun M – Anwar

KUALA LUMPUR: Pemimpin PKR memutuskan untuk mengambil langkah berundur dan menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri ke-8 bagi menamatkan kegawatan politik negara.

Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau gembira dengan keputusan dibuat oleh pimpinan parti itu memandangkan ia langkah yang perlu diambil.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pimpinan PKR dan ahli parlimen yang bersetuju dengan usul saya untuk meredakan ketegangan dalam kepimpinan negara.

“Maka, kita harus berundur setapak dan mengusulkan nama Tun (Dr Mahathir) sebagai calon Perdana Menteri bagi mengelak negara ini terjerumus dalam kemelut politik.

“Keduanya, kita sudah menolak sistem terdahulu. Semoga Allah merestui usaha kita menyelamatkan negara dan tumpukan perhatian untuk memulihkan ekonomi serta kehidupan rakyat katanya ketika ditemui di sebuah hotel, di Petaling Jaya, hari ini.

Anwar berkata, beliau akan ke Istana Negara untuk menyampaikan surat pernyataan perubahan pendirian Pakatan Harapan.

“Jadi, saya akan ke istana untuk sampaikan surat menyatakan perubahan pendirian Pakatan Harapan daripada saya selaku calon perdana menteri (kepada Tun Dr Mahathir),” katanya.

Kira-kira kurang setengah jam kemudian, Anwar kembali semula dan disambut oleh penyokong parti yang melaungkan “Reformasi” di lobi hotel berkenaan.

Bagaimanapun, beliau enggan memberikan komen kepada media selepas lawatannya ke Istana Negara memetik HMetro.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");