Membawang Hari Ini
Like

‘Bob Lokman Dah Keluar Hospital’

February 5, 2020
348 Views
0 Comments
1 minute read
‘Bob Lokman Dah Keluar Hospital’

“TERIMA kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesembuhan buat saya. Juga kepada mereka yang ikhlas menghulurkan bantuan kewangan bagi meringankan beban yang ditanggung,” kata Bob Lokman.

Menurut Harian Merto, semalam, pelakon dan penulis lirik popular ini dibenarkan pulang selepas 17 hari dirawat Hospital UiTM Sungai Buloh, Selangor sejak 19 Januari lalu.

Bob, 55, dimasukkan ke hospital berkenaan berikutan masalah air berlebihan dalam badan selain ada alahan ubat di bahagian kaki.

Masalah itu dialaminya ketika berada di Terengganu bagi aktiviti jelajah dakwah dan jemputan kuliah selama sebulan.

Penderitaan beliau mendapat perhatian ramai pihak antaranya Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari dan rakan-rakan artis seperti Nizam Laksamana yang turut menghulurkan sumbangan wang tunai.

Bob berkata, dia akan berehat lebih kurang seminggu sebelum kembali aktif berdakwah.

“Sakit sudah beransur pulih tapi kuantiti air berlebihan dalam badan masih belum stabil. Kudis-kudis dan bengkak juga bertambah baik. Insya-Allah 13 Februari nanti saya akan kembali meneruskan kuliah di Terengganu.

“Ikutkan saya memang sentiasa jaga kesihatan. Cuma saya susah nak kawal minum air kerana kerap berasa dahaga,” katanya.

Ditanya adakah dia akan membawa pembantu untuk menemaninya ketika kuliah, Bob berkata, dia sedang memikirkannya.

“Setakat ini belum ada pembantu. Mungkin ia akan difikirkan selepas ini bagi membantu pergerakan saya,” katanya.

Komen & Pendapat

Comments are closed.