Perak Hari Ini

‘Boikot Produk Sajat Untuk Pengajaran?’

USAHAWAN kosmetik Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Sajat pada awal bulan lalu telah mencetuskan kontroversi apabila memakai telekung ketika mengerjakan ibadat umrah.

Kontroversi itu menarik perhatian pelbagai pihak termasuk menteri dan mufti malah selain dilaporkan mencetuskan kebimbangan Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH) sekiranya Arab Saudi menarik balik penggunaan visa pelancongan kepada jemaah Malaysia.

Selain itu, pelakon Zul Yahya dilaporkan turut mengajak orang ramai memboikot produk keluaran syarikat milik Sajat bagi tujuan pengajaran kepadanya.

Rata-rata orang ramai turut berkongsi nada yang sama supaya dengan tindakan sedemikian dapat memberi pengajaran terhadap apa yang telah dilakukan Sajat.

Irwan Mohd Zain, 39 berkata tindakan usahawan itu telah mencemarkan imej Islam yang amat menitikberatkan soal adab dalam beribadah.

“Tindakan untuk memboikot bagi tujuan pengajaran kepada dia itu amat wajar kerana tindakan dia di tanah suci itu jelas mencemarkan imej Islam.

“Kita berharap dengan tindakan memboikot barangannya itu dia dapat diberikan hidayah dan dapat kembali ke jalan benar,” katanya.

Sementara itu menurut Hatta Fuzairie, 29, tindakan Sajat turut boleh mengundang pandangan serong daripada masyarakat bukan beragama Islam.

“Sepatutnya dia tidak bertindak sedemikian kerana ia berkait dengan agama kita dan dia pula pergi ke tanah suci,” katanya.

Selain itu Amirul Aizat, 22, berkata malah Mufti Wilayah Persekutuan turut ada menegur bahawa mana-mana individu yang ingin menunaikan umrah wajib berkeadaan jantina asalnya.

“Tindakan dia itu memalukan imej Islam dan kita juga fikirkan bagaimana keadaan wanita yang bersentuhan dengannya di sana.

“Untuk masa ini saya bersetuju agar tindakan memboikot barangannya itu dikenakan bagi tujuan pengajaran kepada dirinya,” katanya.

Pagi tadi media tempatan melaporkan isu identiti Sajat akan dirujuk ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");