Berita Hari Ini

C4 Bakar Buku Manifesto PH Protes Kemelut Politik Negara

KUALA LUMPUR: Kesal dan terkejut dengan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad serta pemimpin yang bertindak keluar parti, pertubuhan bukan kerajaan Centre to Combat Corruption and Cronyism (C4) bertindak meluahkan rasa tidak puas hati pada Isnin.

Menerusi satu video yang dimuat naik di Twitter, Pengarah Eksekutif C4 Cynthia Gabriel dilihat bersama beberapa ahli C4 membakar Buku Harapan yang mengandungi janji manifesto Pakatan Harapan (PH).

Tindakan tersebut diambil katanya sebagai tanda protes terhadap pengumuman Dr Mahathir yang meletak jawatan sebagai Perdana Menteri ketujuh dan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memetik Astro Awani.

Pada masa sama, 11 Ahli Parlimen PKR mengisytiharkan keluar parti dan meninggalkan PH bagi membentuk sebuah blok bebas di Parlimen, termasuk Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin, yang sebelum itu telah dipecat dari parti.

Menurut Cynthia, orang ramai keliru dan tertanya-tanya apa yang bakal berlaku terhadap masa depan pentadbiran negara susulan perkembangan politik negara itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");