Membawang Hari Ini

Cara Minta Maaf Yang ‘Menganjing’ – DS Vida

KUALA LUMPUR- Usahawan kosmetik, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman yang lebih dikenali sebagai DS Vida menyifatkan permohonan maaf Azwan Ali yang dibuat dalam sidang media semalam tidak berjaya meredakan hasrat untuk meneruskan tindakan saman.

Menurut MalaysaGazette, katanya, di peringkat awal beliau telah memikirkan semula hasrat untuk menyaman Azwan bagaimanapun selepas melihat sendiri sidang media semalam ternyata baginya Azwan tidak ikhlas malah telah bertindak memerli beliau.

“Cara minta maaf yang menganjing,” kata DS Vida di laman Instagram hari ini.

Sebelum itu beliau juga menulis: “Selepas sidang petang semalam, daripada 90 peratus hati saya tak nak saman dia, sekali lagi tamparan terhadap saya dengan kenyataan meminta maaf disertakan dengan perlian.”

Semalam Azwan yang menggelar dirinya Diva AA meminta maaf secara terbuka kepada DS Vida berikutan ciapannya di laman Twitter yang menghina DS Vida dan memuatnaik video yang menunjukkan beliau telah membakar minyak wangi yang dihadiahkan oleh usahawan kosmetik itu.

Perbuatan tersebut tambah mengguris hati DS Vida apabila Azwan mengaitkan tindakannya membakar itu dengan anak-anak usahawan kosmetik itu yang maut dalam satu kebakaran beberapa tahun lalu.

Menurut Vida, tindakan Azwan yang juga menghina fizikal anak perempuannya atau lebih dikenali sebagai Cik B serta dua anak lelakinya yang sudah meninggal dunia dalam kejadian kebakaran disifatkan sebagai perbuatan tidak sensitif.

Dakwa Vida lagi, menerusi video yang dikongsi di Twitter, Azwan turut membakar sehelai selendang serta dua botol minyak wangi pemberiannya yang bernilai ratusan ringgit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");