Berita Hari Ini

Coronavirus: Guna Pendekatan Salam Cara Malaysia

IPOH: Orang ramai disarankan agar mengelakkan bersalaman secara saling bersentuhan tangan, sebaliknya menggunakan pendekatan ‘salam cara Malaysia’ sebagai langkah mengurangkan penularan novel coronavirus (2019-nCoV).

Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Lee Boon Chye, berkata ia antara langkah pencegahan yang perlu diamalkan ketika ini selain daripada kerap mencuci tangan.

“Apabila pesakit itu batuk, virus yang keluar itu (mungkin berada) di atas meja, lif dan sebagainya boleh bertahan beberapa jam dan apabila menyentuh kawasan berkenaan, ada kemungkinan mendapat jangkitan penyakit.

“Jadi, kita mencadangkan beberapa perkara antaranya kerap membasuh tangan, memakai cecair pembasmi kuman (hand sanitizer) atau mengelak menyentuh muka dengan tangan dan saya mencadangkan, kalau boleh mengurangkan sedikit bersalaman secara bersentuhan tangan,” katanya yang ditemui ketika melawat perayaan Thaipusam di Kuil Gunung Cheroh di sini hari ini.

Dr Boon Chye berkata, ia perkara yang harus diberi perhatian pada ketika ini bagi mengurangkan penularan jangkitan Coronavirus.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau menegaskan bahawa jangkitan coronavirus adalah bukan melalui udara.

“Apabila bersama-sama bertemu di program Thaipusam ini, kalau pesakit itu sakit tetapi tiada batuk dan bersin maka penyakit tidak berjangkit kepada orang lain,” katanya.

Mengulas mengenai jangkitan coronavirus di Singpura, beliau berharap kluster jangkitan itu terkawal di negara jiran itu.

Beliau berkata, sekiranya jangkitan yang berada di Singapura tidak dapat dikawal, ini bermakna risiko untuk Malaysia ada jangkitan dalam komuniti adalah tinggi.

“Bagi Singapura pada ketika ini, kita percaya Singapura boleh mengawal kluster, jadi kita tidak perlu secara drastik untuk menghalang rakyat di negara ini bagi mengunjungi negara berkenaan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");