Berita Hari Ini

Covid-19: Hubei catat 108 kematian baru

Sebanyak 349 kes jangkitan baru Covid-19 disahkan di wilayah Hubei, China pada Rabu, menurut suruhanjaya kesihatan wilayah itu.

Angka itu menurun berbanding 1,693 kes baru sehari sebelumnya dan yang paling rendah sejak 25 Jan.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan kes yang disahkan di Hubei adalah sebanyak 62,031 kes.

Angka kematian di Hubei akibat wabak berkenaan mencecah 2,029 orang pada Rabu, meningkat 108 daripada hari sebelumnya.

Kebanyakan kematian baru hari ini direkodkan di ibu kota wilayah Hubei, Wuhan, di mana virus ini dipercayai berasal.

Wuhan melaporkan 88 kematian baru, turun daripada 116 kematian pada Selasa.

Seramai 1,585 orang di Wuhan meninggal dunia akibat virus berkenaan.

Jumlah kematian global kini mencecah 2,120 orang daripada 75,291 kes.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");