Berita Hari Ini

Dr M ‘OK’ Jika PPBM Mahu Calonkan Muhyiddin Jadi PM

PUTRAJAYA: Sidang khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini akan memilih Perdana Menteri yang baharu, kata Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri interim berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana individu memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Dan kerana tiada yang ada majoriti jelas, (Tuanku) kata ruang yang sesuai adalah Dewan Rakyat.

“Maka Parlimen akan bersidang pada 2 Mac…..siapa yang ada sokongan majoriti di Parlimen akan menjadi Perdana Menteri.

“Bagaimanapun jika Dewan Rakyat gagal mendapat seorang yang ada majoriti, kita perlu lalui pilihan raya,” katanya lagi dalam sidang media selepas membentang Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di sini, semalam.

Dr Mahathir yang kembali menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata parti itu akan menamakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri ketika persidangan itu memetik BH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");