Categories: Berita Hari Ini

Dr M ‘OK’ Jika PPBM Mahu Calonkan Muhyiddin Jadi PM

PUTRAJAYA: Sidang khas Dewan Rakyat pada 2 Mac ini akan memilih Perdana Menteri yang baharu, kata Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri interim berkata, Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana individu memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

“Dan kerana tiada yang ada majoriti jelas, (Tuanku) kata ruang yang sesuai adalah Dewan Rakyat.

“Maka Parlimen akan bersidang pada 2 Mac…..siapa yang ada sokongan majoriti di Parlimen akan menjadi Perdana Menteri.

“Bagaimanapun jika Dewan Rakyat gagal mendapat seorang yang ada majoriti, kita perlu lalui pilihan raya,” katanya lagi dalam sidang media selepas membentang Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di sini, semalam.

Dr Mahathir yang kembali menjadi Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), berkata parti itu akan menamakan Presiden BERSATU, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebagai calon Perdana Menteri ketika persidangan itu memetik BH.

Komen & Pendapat
Share

Recent Posts

Dron Digunakan Secara Meluas Termasuk Sebelah Malam

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bersama Angkatan Tentera…

31 mins ago

Kita Ada Ubat Untuk Rawatan Covid-19

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’…

2 hours ago

Covid-19: Batal Solat Jumaat Dan Jemaah Di Perak Bersambung

IPOH- Tiada solat berjemaah dan solat Jumaat di masjid atau surau di Perak bersambung selepas…

2 hours ago

PKP: Polis Tambah 4 Sekatan Jalan Raya Di KL, Jadikan Jumlah 56

KUALA LUMPUR: Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) menambah 4 lagi sekatan jalan raya…

2 hours ago

Kes Kematian Covid-19 Di AS Meningkat Lebih 2,000 Kes

WASHINGTON- Amerika Syarikat (AS) terus mencatatkan peningkatan kes kematian akibat koronavirus (Covid-19) melonjak melepasi 2,000…

3 hours ago

Siapa Makcik Kiah?

Analogi yang digunakan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika menghuraikan faedah yang diterima…

13 hours ago