Perak Hari Ini

FAMA FEST 2020 Meliputi 3 Negeri Utara

IPOH- Acara tahunan Fruit, Flower and Food Fiesta 2020 (FAMA FEST 2020) yang bermula pada tahun 2017 kembali lagi dan bakal berlangsung pada 27 Februari ini di Dataran Alamanda, Parit Buntar bermula pada jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Negeri Perak, Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata, konsep FAMA FEST@Parit Buntar tersebut melibatkan tiga negeri yang bersepadanan.

“Program ini mendapat persetujuan dari Fama Kedah dan Fama Pulau Pinang untuk dilaksanakan yang melibatkan tiga buah negeri,” katanya kepada media di RTM Perak, hari ini.

Menurut beliau, matlamat FAMA FEST adalah untuk mewujudkan luang pasaran untuk kumpulan sasar seperti usahawan, petani, pemborong, pengeksport dan peruncit dalam memasarkan produk agromakanan; memperluaskan pasaran produk Agromakanan Tempatan; meningkatkan pendapatan usahawan melalui jualan terus kepada pengguna dan membantu usahawan mempromosikan produk kepada pasaran.

Sementara itu kata Pengarah Negeri FAMA, Anuar Mohamed, semasa berlangsung FAMA FEST, bazar peduli rakyat menawarkan barang makanan seperti ayam, buah-buahan dan sebagainya dengan harga 50 peratus lebih rendah dari harga pasaran.

“Harap masyarakat yang tinggal di sekitar Parit Buntar, Bandar Baharu dan Nibong Tebal iaitu tiga negeri berhampiran untuk mendapatkan barang makanan dengan harga yang lebih rendah.

“Ayam akan dibekalkan oleh pihak NAFAS dengan harga kurang dari RM10 dan kita juga akan laksankan ‘Happy Hour’ pada masa tertentu dan banyak lagi tawaran menarik,” katanya.

Bukan itu sahaja, antara yang menarik semasa FAMA FEST adalah penyediaan kaunter semakan dan pembayaran saman dengan tawaran diskaun 50 peratus saman PDRM pada 29 Februari dan 1 Mac dari jam 10.00 pagi hingga 4.00 petang.

Terdapat juga JPJ mobile kaunter dan pemeriksaan percuma bagi motosikal yang Roadtax tamat melebihi 1 Tahun oleh pihak JPJ Negeri Perak dan banyak lagi tawaran menarik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");