Berita Hari Ini

Harga RON95 Turun 4 Sen, RON97 Turun 7 Sen

PUTRAJAYA – Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengumumkan harga petrol RON95 turun 4 sen seliter dan diesel turun 10 sen seliter.

Menurutnya, dengan penurunan itu, harga RON95 menjadi RM2.04 seliter dan RM2.08 seliter bagi diesel.

Selain RON95 dan diesel, harga RON97 turut turun 7 sen kepada RM2.34 seliter.

Kata Guan Eng lagi, penurunan harga petrol ini kerana harga minyak global yang menurun berdasarkan pengiraan Automatic Price Mechanism (APM).

“Kami telah mengotakan janji, ini adalah janji ditepati,” katanya pada sidang media di sini hari ini, lapor Sinar Harian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");