Perak Hari Ini

HRPB Terima Alat Pengimbas Otak Yang Kedua Di Malaysia

IPOH- Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menerima Natus Neuroworks Digital yang merupakan alat pengimbas otak yang pertama di Perak dan yang kedua di Malaysia menerusi sumbangan amal dari Ipoh Internasional Fashion Week (IIFW).

Penaung IIFW, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi berkata, sumbangan melalui IIFW yang berlansung pada tahun lalu, pihaknya berjaya menyerahkan beberapa alat perubatan khususnya kepada wad pediatrik ICU.

Menurut beliau, EEG (Natus Neuroworks Digital EEG32 ICU aEEG Videometry Monitor) berfungsi untuk memeriksa tentang aktiviti otak di mana dapat melihat keadaan otak pesakit yang mengalami sawan.

“Kita telah membeli sejenis alat yang begitu canggih dan penting yang digunakan di ICU untuk memastikan seseorang anak itu tidak mengalami sawan di mana ianya tidak kelihatan dari luaran tetapi dari dalam sahaja.

“Ini adalah alatan yang sangat canggih kerana ianya mempunyai kamera, video telemetri yang berterusan dan sebagainya di mana ianya merupakan alatan pertama di Perak dan kedua di Malaysia,” katanya kepada media.

Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat ke Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan Oleh International Ipoh Fashion Week (IIFW) kepada Jabatan Pediatrik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Auditorium HRPB, hari ini.

Sumbangan yang diberikan termasuk alatan perubatan yang lain seperti Atom Infa Warmer Intersive Care Infant Warmer, 3M Bar Huhher Warming Unit, BREAS VIVO 50 Ventilator incl complete accessories, IQ Nasal Gel Marsk with IQ Stable Fit Headgea, BREAS VIVO 40 Ventilator incl complete accessories dan Respironics WISP Peadiatric CPAP Mask.

Sementara itu kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Louis Sebastian, amat bersyukur di atas sumbangan yang diberikan melalui IIFW yang dianjurkan walaupun ianya baru berusia setahun jagung.

“Walaupun kita baru tiga tahun dalam industri fesyen di negeri ini tetapi kemajuan dari sumbangan dan kesedaran orang ramai memang menakjubkan.

“Selepas tiga tahun, kami menerima maklumbalas bukan sahaja dari Malaysia tetapi negara-negara lain mengenai IIFW di mana ianya secara tidak langsung mempromosikan negeri ini kepada dunia,” katanya.

Menurut beliau, pada setiap tahun sumbangan akan diserahkan kepada pihak HRPB tetapi pihak hospital yang akan menentukan jabatan yang menerima sumbangan berkenaan.

“Menurut pihak HRPB pada tahun ini adalah dengan memberi fokus kepada jabatan pediatrik dan kanak-kanak.

“Misi kami adalah untuk mendapatkan sumbangan sebanyak RM1 juta bagi tahun ini dan kami memerlukan sokongan daripada badan-badan korporat untuk perkara ini,” katanya.

Tahun lalu, jumlah sumbangan yang dicatatkan adalah sebanyak RM321,300 bagaimanapun bertambah sebanyak RM100,000 hasil dari sumbangan Yayasan Sultan Azlan Shah.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");