Membawang Hari Ini

“Impian Saya Hanya Mahu Kahwin Di Masjid, Tapi…”

Selamat mengikat tali pertunangan pada Disember tahun lalu, penyanyi rap popular, Joe Flizzow memaklumkan akan diijabkabulkan dengan gadis pilihan hatinya, Marini Ramlan pada awal April depan.

Menurut Joe, dia menyerahkan segala urusan persediaan majlis kepada ibunya yang sangat teruja untuk majlis perkahwinannya itu dan dia hanya bersedia dari segi mental sahaja.

“Saya hanya bersedia dari segi mental, untuk persediaan majlis, saya lebih selesa untuk menyerahkannya kepada ibu saya memandangkan dia sangat teruja untuk mengadakan majlis perkahwinan saya.

“Kami memilih Dewan Perdana Felda sebagai lokasi majlis kerana ia mampu memuatkan lebih 1000 orang, kami harus mengundang ramai tetamu kerana kawan-kawan ibu saya pun lebih ramai dari kawan saya sendiri,” katanya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Joe berkata berkata dia mahukan majlis sederhana dan hanya diadakan di masjid tetapi dia mahu memenuhi kehendak ibunya yang mahu menjemput ramai orang ke majlisnya.

“Kalau ikutkan saya, impian saya hanya mahu kahwin dalam masjid, saya suka sederhana sahaja. Tapi saya ikut kehendak ibu saya yang mahu ajak orang ramai.

“Memandangkan saudara mara pun tumpang gembira, maka eloklah kami adakan satu majlis yang boleh kedua-dua belah keluarga berkumpul,” tambahnya.

Difahamkan, acara akad nikah juga akan diadakan di hari dan lokasi yang sama. Bagaimanapun, Joe masih belum mendedahkan lagi tarikh sebenar majlis tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");