Perak Hari Ini

Jangan Bagi Muka, Gantung Saja Lesen Pemandu Mabuk

IPOH- Saban hari kematian melibatkan pemandu mabuk semakin meningkat di negara ini, jadi kerajaan telah bersetuju untuk menggubal akta di mana hukuman yang dikenakan adalah lebih berat apabila melibatkan kesalahan memandu dalam keadaan yang mabuk.

Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang), Datuk Liew Vui Keong berkata, pemandu yang didapati bersalah kerana memandu di bawah pengaruh alkohol, dadah dan memandu secara berbahaya hingga menyebabkan kematian dicadangkan dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Wartawan Perak Today hari ini telah mendapatkan pandangan dan cadangan orang ramai mengenai hukuman yang bakal dikenakan kepada mereka sama ada ianya setimpal dengan kesalahan yang dibuat.

Pihak kami cuba untuk mendapatkan maklumbalas masyarakat yang terdiri dari semua bangsa mengenai perkara ini tetapi rata-rata mereka tidak mahu memberikan sebarang komen atau pandangan dan menolak untuk ditembual.

Bagaimanapun menurut Farkhan Amir seorang yang berkerja sendiri, katanay, jika dilihat dari kes kematian melibatkan pemandu mabuk, baginya hukuman penjara selama 20 tahun adalah tidak setimpal tetapi mereka perlu dikenakan hukuman yang lebih berat memandangkan ianya melibatkan orang awam.

“Hukuman penjara 20 tahun itu pada saya tidak setimpal dengan tindakan pemandu mabuk tersebut kerana seperti yang kita lihat, kemalangan yang berlaku majoriti melibatkan kanak-kanak dan keluarga.

“Hukuman yang lebih setimpal adalah pesalah tersebut dikenakan sebatan atau satu hukuman yang lebih berat sama ada menambah menambah jumlah tahun penjara supaya dapat memberikan kesedaran kepada para pemandu tersebut bahawa bahaya memandu dalam keadaan separa sedar,” katanya.

Sebelum ini, undang-undang telah memperuntukkan individu memandu dalam keadaan mabuk boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 45A (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987, hukuman denda tidak kurang RM1,000 dan tidak lebih RM6,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan.

Bagi kesalahan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian pula, pesalah boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 43, Akta Pengangkutan Jalan 1987, membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 12 bulan.

Selain itu tambah Amiruddin Bond atau lebih dikenali sebagai Amir Bond DJ, kata beliau, hukuman penjara selama 20 tahun itu adalah amat bertepatan dengan kesalahan tersebut tetapi ianya perlu ditambah lagi dengan hukuman lain.

“Hukuman penjara 20 tahun itu adalah baik dan perlu ditambah lagi dengan hukuman lain sekali iaitu pemandu mabuk sepatutnya tidak dibenarkan untuk memandu lagi di negara kita kerana itu adalah lebih baik daripada mereka mengorbankan nyawa orang-orang yang tidak bersalah.

“Kita mahu Malaysia bersih dari pemandu mabuk yang menganiaya orang lain.

“Hukuman denda juga tidak mencukupi kerana apa yang kita tahu, pemandu mabuk didenda dengan nilai denda yang sedikit dan mereka boleh memandu secara mabuk semula malahan mengorbankan nyawa di mana nyawa bukanlah sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit,” katanya.

Sementara itu, Abu Hassan Yacob, 60 seorang pesara tentera berkata, beliau bersetuju dengan tindakan kerajaan mengenakan hukuman dengan tempoh sedemikian tetapi baginya kerajaan perlu berlaku adil dalam perlaksanaan hukuman tersebut.

Jelas beliau perkata tersebut memang boleh dilaksanakan namun ianya perlu telus supaya tidak berlaku sebarang masalah kerana jika ianya tidak dilaksanakan secara adil boleh menyebabkan pesalah boleh terlepas.

Beliau turut menceritakan kisah di mana pernah terlibat dengan satu kemalangan melibatkan motosikal yang mana beliau dilanggar akibat kesalahan pengguna yang tidak mematuhi lampu jalan.

“Saya dahulu kemalangan ketika menaiki kereta kerana dilanggar motor akibat melanggar trafik light hijau dan setelah saya buat report saya pulak yang salah sebab pesalah menceritakan maklumat lain kepada pihak berkuasa, tetapi apabila kita ada saksi, pesalah mulai kelam kabut dan ambil kereta saya untuk dibaik,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");