Panasnya Hari Ini

Jangan Bagi Ruang UMNO Diserang – Exco Pemuda

KUALA TERENGGANU – Ahli UMNO diingatkan tidak memperbesarkan isu kerajaan gabungan antara UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang kini hangat diperkatakan.

Exco Pemuda UMNO, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, jika perdebatan terbuka berterusan, ia hanya akan mewujudkan ruang kepada Pakatan Harapan (PH) untuk menyerang sedangkan banyak lagi isu yang lebih penting untuk diperjuangkan seperti soal ekonomi dan kebajikan.

“Saya melihat ia menjadi polemik sehingga mewujudkan perbalahan dalam kalangan ahli UMNO sendiri, sedangkan akar umbi perlulah melihat perkara ini dengan rasional dan penuh timbang rasa.

“Seperti yang sudah dijelaskan Ketua Penerangan UMNO, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah, tindakan ini adalah memanipulasi dan merupakan tuduhan melulu yang akan menjejaskan kekuatan UMNO,” katanya kepada Sinar Harian.

Dr Najmil percaya, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan tidak akan membuat sebarang keputusan yang membawa padah kepada parti dan rakyat.

“UMNO mempunyai maruahnya sendiri dan perjuangan ini tidak boleh dikhianati kerana mendukung suara serta aspirasi rakyat untuk melihat UMNO sebagai peneraju negara,” katanya

Menurutnya, sudah tentu sebagai Presiden, Ahmad Zahid memikirkan soal survival UMNO dan orang Melayu.

“Janganlah kita berbalah sesama sendiri, lihatlah kembali kejayaan kita membentuk Muafakat Nasional dan memenangi beberapa siri PRK apabila semua ahli parti bersatu padu. Itu adalah lebih penting.

“Kita sebagai ahli UMNO perlu sedar bahawa jika kita terus berbalah dalam soal ini sudah tentu PH dan DAP telah berjaya melemahkan momentum kita sebagai pembangkang yang kuat,” katanya.

Katanya, setiap masalah dan perbezaan pendapat perlu diselesaikan melalui saluran parti dan mereka perlu sedar bahawa musuh sebenar ialah PH, bukannya sesama sendiri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");