Perak Hari Ini

Jangan Cuba Cetus Provokasi – Ketua Polis Perak

IPOH: Polis Perak menasihatkan agar semua pihak tidak cuba menimbulkan sebarang provokasi sehingga dikhuatiri menggugat keselamatan negeri berikutan ketidaktentuan situasi politik tanah air masa kini.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain turut menyeru agar para pemimpin politik untuk memastikan proses demokrasi negara dan negeri berjalan dengan baik.

“Polis ingin menasihatkan agar semua pihak terutama parti-parti politik supaya dapat menentukan proses demokrasi berjalan dengan baik.

“Diharap juga jangan ada sebarang cubaan provokasi sehingga membuatkan masyarakat bimbang terhadap situasi keselamatan terumata di Perak,” katanya.

Ujar beliau lagi, pihak polis juga sentiasa dalam keadaan bersiap-siaga dalam menghadapi sebarang kemungkinan dan memastikan tahap keselamatan di negeri ini berada dalam keadaan terbaik.

Selain itu katanya pihak polis akan sentiasa mengikuti perkembangan situasi politik sama ada di peringkat persekutuan ataupun negeri sebagai sebahagian langkah untuk Polis Perak bersiap-sedia.

 

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Serah Terima Tugas Timbalan Ketua Polis Perak antara pemangku jawatan itu, Datuk Mazlan Santarai dengan Datuk Goh Boon Keng yang memangku pangkat Deputi Komisioner (DCP) di Mes Pegawai Polis, di sini, hari ini.

Pada majlis itu, Bekas Ketua Perhubungan Antarabangsa Urusetia Ketua Polis Negara (Pentadbiran) Bukit Aman, Boon Keng dilantik Timbalan Ketua Polis Perak baharu berkuatkuasa hari ini

Beliau yang berasal dari Melaka, menerima tugas yang dipangku oleh Ketua Cawangan Khas Perak, Mazlan selepas Datuk Lim Hong Shuan bersara wajib pada 13 Januari lalu.

Beliau yang berusia 60 tahun telah menabur bakti semalam 33 tahun bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejak 5 April 1987.

Menurutnya, beliau mahu memfokuskan soal pengurusan dan kebajikan warga PDRM Perak selain meningkatkan jalinan hubungan antara polis dan masyarakat.

“Fokus saya lebih membawa misi dan visi Ketua Polis Negara dalam menjalankan segala amanah dan tugas.

“Banyak aspek lain perlu diberi perhatian terutama menjalin hubungan dengan masyarakat selari dengan tema polis ‘Polis dan masyarakat berpisah tiada’,” ujarnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");