Berita Hari Ini

Jumlah Kematian COVID-19 Lepasi 1,500

BEIJING: Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan hari ini melaporkan jumlah korban wabak coronavirus COVID-19 di tanah besar China mencecah 1,523, semalam, meningkat 143 daripada hari sebelumnya dengan wilayah Hubei mencatat 139 kematian baharu.

Sebanyak 107 daripada kematian baharu itu berlaku di Wuhan yang mana virus berkenaan dipercayai tercetus. Hingga kini, sejumlah 1,123 mangsa COVID-19 di ibu kota Hubei itu sudah meninggal dunia.

Sebanyak 2,641 kes baharu disahkan di seluruh China, menjadikan jumlah jangkitan adalah 66,492 mangsa, setakat ini, lapor BH Online.

Suruhanjaya Kesihatan Hubei melaporkan 2,420 kes baharu, iaitu separuh daripada bilangan jangkitan pada hari sebelumnya.

Epidemik itu semakin buruk, minggu ini, selepas pihak berkuasa di Hubei mengubah kriteria mereka berhubung pengiraan kes yang menyaksikan penambahan ribuan pesakit baharu dalam jumlah jangkitan direkodkan.

Kes hasil ‘diagnosis secara klinikal’ melalui pengimejan paru-paru kini turut diambil kira, selain pesakit yang disahkan positif menerusi ujian makmal.

Perubahan itu menjadikan bilangan pesakit di Hubei bertambah hampir 15,000 lagi, kelmarin, dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyatakan kes pada minggu-minggu sebelumnya telah dikira secara retroaktif.

Menurut pihak berkuasa, seramai 1,716 kakitangan perubatan turut dijangkiti wabak itu, termasuk enam terkorban.

Kebanyakan mereka adalah kakitangan kesihatan di Wuhan di mana ramai yang kekurangan topeng muka dan kelengkapan bersesuaian untuk melindungi diri di hospital yang dibanjiri pesakit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");